Rabu, 3 Ogos 2011

ya allah

Ya allah..
Seandainya telah engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dgn hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Ya tuhanku yg maha mengasihani..
Seringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami

Tetapi ya allah

Seandainya telah engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh daripada pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan periharalah aku dari kekecewaan..

Ya allah ya tuhanku yang maha mengerti

Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja yang merah..
Agar ku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dgn nya..

Ya allah yang tercinta

Pasrahkanlah aku dgn takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah.. engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik utk ku..
Sesungguhnya engkau maha mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambamu ini..

Ya allah
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan akhirat..
Dengarkanlah rintihan daripada hambamu yang daif ini..
Jangan engkau biarkan aku bersendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang engkau redhai..
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya allah
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan periharalah kami dari azab api neraka

Amin amin yarabbal'aalamin..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan